Saturday, May 5, 2007

ASTAXANTHIN - Molekul Ajaib Untuk Kesihatan

Astaxanthin adalah penemuan anti oksida terbaru ahli-ahli sains pada abad ini. Astaxanthin berpotensi menjadi sumber terbaik, terkuat dan unik untuk kesihatan tubuh manusia.

Astaxanthin, ialah pigmen merah yang terjadi secara semulajadi dalam pelbagai organisma hidup. Pigmen merah itu telah tersedia ada di dalam setiap makanan kita. Kebanyakan hidupan laut seperti species udang-udang dan ketam-ketam diliputi warna kemerahan, ini disebabkan oleh kandungan astaxanthin yang terkumpul di dalamnya. Begitu juga dengan species ikan-ikan, dimana warna merah yang didapati pada ikan-ikan biasanya berpunca dari kehadiran astaxanthin pada ikan-ikan tersebut. Kajian mendapati ikan salmon liar yang kemerahan segar merupakan hidupan laut yang ketara sekali kandungan astaxanthin nya.

Astaxanthin adalah salah satu kumpulan pigmen semulajadi yang dikenali sebagai karotenoid.
Kebanyakkan karotenoid, terkumpul didalam daun tumbuh-tumbuhan, plankton dan alga. Hasil kajian biosaintis, mendapati molekul astaxanthin adalah sama dengan molekul kumpulan karotenoid beta-karoten, namun begitu astaxanthin adalah yang paling terbaik dan berkesan. Khususnya, astaxanthin menonjolkan kehebatannya sebagai anti oksida yang mengkagumkan. Astaxanthin tidak seperti karotenoid yang lain yang menukar kepada vitamin A di dalam badan manusia. Terlalu banyak vitamin A di dalam badan manusia, akan menjadi racun pula. Astaxanthin tidak bertindak sebegitu namun astaxanthin tetap hebat sebagai anti oksida di dalam tubuh manusia iaitu 10 kali lebih baik dari lain-lain kumpulan karotenoid.

Kadar Astaxanthin yang paling tinggi adalah dalam sejenis alga hijau unisel iaitu Haematococcus Pluvialis dimana kadar astaxanthin nya boleh mencecah sehingga 7% dari berat bersihnya.


POTENSI DAN KELEBIHAN ASTAXANTHIN

  1. 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
  2. 40 kali lebih kuat daripada Beta-karoten
  3. 17 kali lebih baik daripada ekstrak biji anggur
  4. Mempunyai aktivi antiperoksidative membran yang kuat
  5. Mengelakkan kerosakan DNA
  6. Mengurangkan kesan penuaan
  7. Menghindarkan dari penyakit kronik seperti kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain


Sumber Rujukan :
Wikipedia, the free encyclopedia;
Astaxanthin Molekul Ajaib Untuk Kesihatan Dan Kecantikan - oleh Dr. Azimuth



GamatMaxx produk Dr. Azimuth yang mengandungi astaxanthin yang dihasilkan dari natural microalgae Haematococcus Pluvialis di Hawaii. Ia menggunakan sistem bioreactor tertutup. Sistem ini berkesan merangsang keadaan yang optima untuk penghasilan astaxanthin yang halal, berkualiti tinggi dan meminimakan risiko daripada dicemari.

GamatMaxx adalah produk makanan kesihatan semulajadi keluaran Dr. Azimuth berasaskan gamat, astaxanthin, chlorella dan spirula. Bahan-bahan ini yang telah kita ketahui mempunyai terlalu banyak khasiat. GamatMaxx amat sesuai dijadikan makanan kesihatan bagi semula golongan peringkat umur. Banyak khasiat-khasiat GamatMaxx yang dapat kita manfaatkan.
BLOG INI UNTUK DI JUAL BERSAMA EMAIL ID gamatmaxx@gmail.com . BERMINAT SILA EMAIL gamatmaxx@gmail.com


No comments: